MERU VALLEY RESORT BERHAD (137970-D)
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Data Peribadi & Notis Informasi

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 adalah satu Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Notis ini akan dikeluarkan kepada semua ahli dalam mematuhi Akta ini.

 

Semasa anda berurusan dengan Meru Valley Resort Berhad dan / atau Kumpulan Syarikat Meru Valley Resort Berhad, kami akan meminta data peribadi anda bagi membolehkan kami menghantar notis, produk dan / atau servis yang berkaitan dengan perniagaan kami. Hal ini diperlukan di dalam proses perniagaan, perancangan, promosi, pemasaran dan juga profil pelanggan dengan tujuan untuk membekalkan servis dan produk yang berkaitan kepada anda.

 

Apabila anda mendaftar dengan kami sebagai ahli anda dikehendaki untuk membekalkan nama, jantina, butir-butir pengenalan diri (termasuk nombor kad pengenalan atau nombor pasport), nombor telefon atau bimbit, e-mel, kewarganegaraan, jawatan, alamat persendirian dan / atau alamat perniagaan, butiran suami atau isteri dan anak-anak dan butiran kad kredit bagi tujuan pembayaran.

 

Kegagalan anda memberikan data peribadi akan menjejaskan keupayaan kami untuk membekalkan produk dan / atau servis yang diminta, mengemaskini produk-produk terbaru, promosi atau menghantar notis kepada anda.

 

Data peribadi yang diberikan akan disimpan secara sulit dan anda dengan ini memberikan kebenaran serta kuasa kepada kami untuk mengekalkan, menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

 

• Pihak ketiga yang membekalkan servis pemprosesan data dan adalah terikat dengan kontrak untuk melindungi data peribadi anda
• Sesiapa yang berkewajipan untuk merahsiakan dan juga sesiapa yang bertanggungjawab untuk menjaga data secara rahsia, di mana syarikat tersebut telah melibatkan diri untuk memenuhi kewajipannya kepada anda
• Juruaudit, perunding, peguam dan pegawai bank kami
• Syarikat-syarikat yang di dalam kumpulan, seperti anak syarikat, syarikat yang berkaitan dan syarikat bersekutu

 

Jika anda ingin membuat permohonan untuk mengakses atau membuat pembetulan ke atas data peribadi anda, atau menyampaikan kepada kami bantahan anda terhadap penggunaan data peribadi anda atau ingin menarik semula kebenaran anda, sila hantar permintaan anda secara bertulis kepada Bahagian Keahlian kami. Sebarang permintaan untuk mengakses data atau membetulkan data peribadi anda akan tertakluk kepada bayaran yang setimpal mengikut Akta. Kami juga mempunyai hak untuk menolak sebarang permintaan pemprosesan yang remeh dan tidak praktikal.

 

Semua permintaan secara bertulis boleh ditujukan kepada :

 

Membership Services Department
Meru Valley Golf & Country Club
Jalan Bukit Meru
30020 Ipoh
Nombor faks : 05-5293311
Alamat E-mel : membership@meruvalley.com.my / membership_svc@meruvalley.com.my